Sejarah Temerloh

Tempat yang dikenali sebagai Temerloh ini adalah suatu tempat yang bersejarah. Ini kerana ianya bukan sahaja   tempat yang terakhir bagi Batin Serindun yang menguasai kawasan antara gunung Senyum di sebelah barat dan Bukit Gebuk di sebelah Timur bahkan nama inilah digunakan sebagai nama salah sebuah daerah di Pahang semejak daerah ini ditubuhkan mulai 1.7.1889.                       

Mengikut ceritanya, iaitu pada suatu hari pada zaman dahulu anak raja dari Minangkabau iaitu Sujudbilang dan abang-abangnya telah meninggalkan Minangkabau. Mereka belayar ke Daik dan dari sana mereka ke Pahang. Setelah diperkenankan oleh Bendahara Pahang mereka menaiki sebuah perahu galah lalu menyusur sepanjang Sungai Pahang.

Setelah beberapa lama digalah mudik, maka perahu yang membawa rombongan itu telah sampai di tempat yang dikenali sebagai Sentang Mukim Kertau, daerah Maran. Mendengarkan ramai orang di darat maka mereka pun singgah . Sujudbilang dan abang-abangnya dan abang-abangnya naik keatas tebing hendak melihat apa yang dibuat orang. Walaubagaimanapun mereka tidak diterima oleh orang tempatan di situ. Sujudbilang dan abang-abangnya cuba berbaik-baik dengan orang asli yang berada di sekitar (kiri dan kanan tebing Sungai Pahang)

Sujudbilang mencadangkan supaya berbaik-baik dengan orang-orang asli itu sambil berkata : "Ramah tamah pangkal modal budi bahawa penambat hati pembuka manis selera nafsu". Abang-abangnya faham akan maksud Sujudbilang. Mulai dari hari itu dimana ada kampung orang asli mereka pasti akan singgah.

Mereka memberi garam dan Tembakau. Begitulah cara mereka menambat hati orang-orang asli yang ditemui mereka. Sesudahnya mereka sampai di pengkalan Batin Seridun. Apabila tiba di sana maka perahu ditambat maka sujudbilang dengan abang-abangnya yang tua kedarat membawa garam dan tembakau. Perhubungan Sujudbilang dan Batin Seridun semakin erat. Ini dapat di jalaskan dengan situasai dimana ujudnya persepakatan antara Batin Seridun  dan Sujudbilang iaitu mereka sama-sama mencari makanan keluar waktu pagi dan pulang waktu petang dengan membawa balik barang-barang makanan. Pada waktu malam pula mereka tidur meniarap berhampar diatas tanah yang telah diatur daun-daun kering mengelilingi rumpun api dengan cawat sahaja.

Manakala yang perempuan di suatu tempat khas berasingan dari yang lelaki. Didalam beramai-ramai itu cuma anak perempuan tok batin tidak mahu melelapkan mata kalau tempat tidurnya tidak beralas.

Mengikut cerita "tidur"dalam bahasa asli ialah "Mereloh" jadi tempat mereka tidur beramai-ramai itu di bahasakan sebagai tempat mereloh oleh itu Sujudbilang dan abang-abangnya memanggil tempat orang asli itu tidur dengan mereloh. Oleh kerana tempat mereloh itu panjang maka ia dipendekkan kepada Temerloh. Itulah asalnya tempat yang di panggil Temerloh dan Sungai Temerloh. Perhubungan lebih erat apabila Sujudbilang berkahwin dengan anak Batin Seridun iaitu Bakoi. Dengan perkahwinan itu juga telah menyebabkan Batin Seridun dan orang-orangnya diislamkan oleh Sujudbilang . Peristiwa itu juga dikatakan telah mengembangkan agama Islam di Pahang Tengah.Sehubung dengan itu pada 1hb.Julai 1889.J.P Rodger Residen British yang pertama mulai menjalankan tugasnya sebagai Residen Pahang. Dia telah membahagikan Pahang kepada 6 kawasan pentadbiran iaitu daerah Pekan, Rompin, Kuala Pahang, Kuantan, Temerloh dan Hulu Pahang.

Ini bermakna tempat tinggal Batin Seridun yang diberi kuasa kepada Sujudbilang telah dipilih sebagai nama salah sebuah daerah di Pahang iaitu Temerloh. Pada masa itu bandarnya dikenali sebagai Kuala Semantan . Kuala Semantan ditukar kepada Temerloh semejak bandar baru di barat bandar Kuala Semantan dibuka dalam tahun 1898.

Back